Pengikut

Khamis, 23 April 2009

BEGEDIL IKAN TENGGIRI

Hai semua! , hari nie zieha dapat resepi begedil ikan tenggiri dari kak kay
Memandangkan k.zieha suka makan kentang..mesti zieha akan try resipi nie
Jom kita layan resipi nie..nyum!nyum!

Bahan2:
- sepotong ikan tenggiri
- sekeping daging buger
- 3 biji kentang (saiz besar)
- daun sup dan daun bawang.
- sebiji bawang besar.
- garam secukup rasa.
- 2 biji telur

Cara :
1. goreng ikan tenggiri dan daging buger dan ketepikan.
a) ikan tenggiri dicarik2
b) burger daging dipotong kecil.
2. rebus kentang hingga empuk. tos kan
3. rebus bawang besar yg telah dipotong nipis. tos kan
4. daun sup dan daun bawang dipotong halus dan ketepikan.
5. Lenyek kentang hingga hancur.
6. Masukkan ikan tenggiri, buger, daun sup, daun bawang dan bawang besar.
7. Gaul hingga rata dan masukkan garam secukup rasa.
8. Bulat2 adunan td dan celup dlm telur yg telah dipukul dan goreng hingga kekuningan.
9. Tos...dan boleh dimakan.......

Selamat mencuba...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

anda suka?teruja?pelik?prihatin?sedih?gembira?excited?
geram? benci? ingin tahu? apa lagi silalah mengomen .. :)