Pengikut

Selasa, 5 Mei 2009

WAJAH KESAYANGAN HAMBA-PART2

~ ini pula daku setelah secara rasmi menjadi seorang ibu pada 26.09.2007~
..ada persamaan tak? Alamak!! terselah ketembaman diriku..huhuhu


~heee..diawal kemunculan ku bersama mak didunia ini~



Episod kali ini zieha nak display plak gambar wajah2 diri sendiri ketika masih baby bersama bondaku..dan juga wajah diriku setelah secara rasminya menjadi seorang ibu pada 26.09.2007 yang lalu. Tak sangka ye..cepat masa berlalu..dulu diriku seorang anak dara..sekarang dah jadi ibu..dan dua tahun sudah ku menjadi seorang IBU...sungguh manis rasa hidup ini..

Kali nie kita baca plak setelah kita telah mempunyai pasangan (sudah kawen daaa) dan versi nya mesti ada yang pernah terjadi pada diri anda( zieha amik dari petikan email,,,sahabatku jiehan) ..Apa-apa pun kita hayati dan renung2 sejenak petikan nie sebagai pengajaran untuk hidup kita ..jom kita layan petikan email nie


Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada.....
.....
MAKKKKK....RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya........
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Sedihnya.....mudah2an kita sentiasa menjadi anak yang bertanggungjawab dan mengingati ibu kita .. ingat syurga di bawah

tapak kaki ibu...

" ZIEHA SAYANG PADA MAK "

4 ulasan:

  1. Sedihhhhh.....

    makkkkkkkk..........

    BalasPadam
  2. Huhu...sedihnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

    BalasPadam
  3. Zieha, kay pon ade terima emel pasal ibu. Mmg t'sentuh hati.

    BalasPadam
  4. zieha- tc -ada ariyssa - kay

    betul tu...sama2lah kita mengingati ibu kita..jasanya kepada kita mmg tak terbalas:)

    BalasPadam

anda suka?teruja?pelik?prihatin?sedih?gembira?excited?
geram? benci? ingin tahu? apa lagi silalah mengomen .. :)