Pengikut

Memaparkan catatan dengan label hantu angin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hantu angin. Papar semua catatan

Selasa, 27 Oktober 2009

DISERANG ANGIN:((



Dalam setahun mesti daku diserang angin
dalam badan
uuuuu..hu...uuuu..huuu
sesiapa yang pernah kena
mesti tau kan betapa..siksanya


Ahad yang lepas
hantu angin tu datang laieee
seharian zieha tak lalu nak makan..kurang
selesa, rasa nak demam pun ada
entah lah..inilah dugaanku
tiap-tiap tahun..
mesti angin tu datang attack..tak pernah lah tak kena
bila datang je angin...
alamatnya tak leh la buat aktiviti lain
sebab angin dalam badan nie
mengganggu tau...
sadizzzz nya



~hu..hu...hu...angin nie mmg berhantulah~

Semalam carilah info dalam
tenet..terjumpalah artikel
sebab terjadinya angin dalam satu badan

punca2 angin??


Angin yang terdapat di dalam badan adalah berpunca daripada gas yang terdapat di dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal yang mengandungi gas yang tidak berbau yang 99 peratus gas buangan dari usus dan gas yang tidak menyenangkan pula mungkin disebabkan oleh gas yang mengandungi sulfur.Ia dilepaskan oleh bakteria yang ada dalam usus besar.

Angin disebabkan oleh gas atau angin yang terdapat di dalam sistem penghadaman badan datang daripada dua sumber iaitu daripada udara yang disedut dan juga akibat daripada bakteria yang terdapat di dalam usus besar.Bakteria ini terjadi akibat gangguan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan dengan baik.


Bagi seseorang yang mempunyai angin yang banyak di dalam badan pasti merasa tidak selesa dan merasa sakit-sakit seluruh tubuh badan.Bagi yang mudah menghidap penyakit angin ini hendaklah mengubah cara pemakanan seharian iaitu mengurangkan makanan yang menyebabkan angin di dalam badan iaitu kacang, sayuran seperti brokoli,kubis, tauge, bawang dan asparagus,buah pir,epal dan pic, manakala bijirin pula adalah roti gandum.Selain itu jauhilah minuman ringan dan jus buah serta minuman dari produk susu.

Bukan itu sahaja malah mereka yang selalu menghidapi masalah ini di nasihatkan agar banyak minum air kosong(hari2 bawa bekal air dlm tupperware besar dan minum air kosong..kena gak..uhuhuhu)
dan kurangkan udara yang anda sedut seperti makan dengan perlahan dan kunyah lebih,elakkan menguyah gula-gula getah(hehehe fav i gak tewww,sekali -sekala ada gak kunyah dlm office),kurangkan merokok,dan jika anda mempunyai gigi tidak teratur jumpalah doktor gigi untuk memperbetulkannya ini juga salah satu caranya.Akhir sekali caranya ialah sediakan jadual berapa banyak makanan berangin yang diambil dalam badan, dan berapa kali anda membuang angin dalam sehari jika 14 hingga 23 kali sehari ia normal tetapi jika lebih mungkin anda perlu berjumpa dengan doktor anda


Fuh...camne yek makanan berangin???sebelum kejadian tu mmg petang tu zieha ada makan pengat pisang (bubur pisang nangka) agaknya pasal tu kot angin datang satu badan

hmmmmm....nasib la....badan:((((