Pengikut

Selasa, 27 Oktober 2009

DISERANG ANGIN:((



Dalam setahun mesti daku diserang angin
dalam badan
uuuuu..hu...uuuu..huuu
sesiapa yang pernah kena
mesti tau kan betapa..siksanya


Ahad yang lepas
hantu angin tu datang laieee
seharian zieha tak lalu nak makan..kurang
selesa, rasa nak demam pun ada
entah lah..inilah dugaanku
tiap-tiap tahun..
mesti angin tu datang attack..tak pernah lah tak kena
bila datang je angin...
alamatnya tak leh la buat aktiviti lain
sebab angin dalam badan nie
mengganggu tau...
sadizzzz nya



~hu..hu...hu...angin nie mmg berhantulah~

Semalam carilah info dalam
tenet..terjumpalah artikel
sebab terjadinya angin dalam satu badan

punca2 angin??


Angin yang terdapat di dalam badan adalah berpunca daripada gas yang terdapat di dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal yang mengandungi gas yang tidak berbau yang 99 peratus gas buangan dari usus dan gas yang tidak menyenangkan pula mungkin disebabkan oleh gas yang mengandungi sulfur.Ia dilepaskan oleh bakteria yang ada dalam usus besar.

Angin disebabkan oleh gas atau angin yang terdapat di dalam sistem penghadaman badan datang daripada dua sumber iaitu daripada udara yang disedut dan juga akibat daripada bakteria yang terdapat di dalam usus besar.Bakteria ini terjadi akibat gangguan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan dengan baik.


Bagi seseorang yang mempunyai angin yang banyak di dalam badan pasti merasa tidak selesa dan merasa sakit-sakit seluruh tubuh badan.Bagi yang mudah menghidap penyakit angin ini hendaklah mengubah cara pemakanan seharian iaitu mengurangkan makanan yang menyebabkan angin di dalam badan iaitu kacang, sayuran seperti brokoli,kubis, tauge, bawang dan asparagus,buah pir,epal dan pic, manakala bijirin pula adalah roti gandum.Selain itu jauhilah minuman ringan dan jus buah serta minuman dari produk susu.

Bukan itu sahaja malah mereka yang selalu menghidapi masalah ini di nasihatkan agar banyak minum air kosong(hari2 bawa bekal air dlm tupperware besar dan minum air kosong..kena gak..uhuhuhu)
dan kurangkan udara yang anda sedut seperti makan dengan perlahan dan kunyah lebih,elakkan menguyah gula-gula getah(hehehe fav i gak tewww,sekali -sekala ada gak kunyah dlm office),kurangkan merokok,dan jika anda mempunyai gigi tidak teratur jumpalah doktor gigi untuk memperbetulkannya ini juga salah satu caranya.Akhir sekali caranya ialah sediakan jadual berapa banyak makanan berangin yang diambil dalam badan, dan berapa kali anda membuang angin dalam sehari jika 14 hingga 23 kali sehari ia normal tetapi jika lebih mungkin anda perlu berjumpa dengan doktor anda


Fuh...camne yek makanan berangin???sebelum kejadian tu mmg petang tu zieha ada makan pengat pisang (bubur pisang nangka) agaknya pasal tu kot angin datang satu badan

hmmmmm....nasib la....badan:((((

13 ulasan:

  1. Mmg tak selesa bile badan dah masuk angin dah. lembik badan..huhu..smoga angin dlm badan tu cepat2 berlalu pergi yerk..

    BalasPadam
  2. zieha...lama tak kalo sekali kena?...sy ni kena angin tak la kot..berangin ada kot...ekekkeke....zieha agaknye duk kat tepi pantai teluk cempedak selalu kot..amik angin

    BalasPadam
  3. daku pon slalu kene angin ni...bila kene je mesti hangin satu badan...

    BalasPadam
  4. Zieha,

    apa id facebook zieha ni? add kita ek izzahsafa zulaikha

    BalasPadam
  5. yeee ku tau apa yg kau rasa hehehe...

    kalo kene mmg x selesa... taun ni saya baru sekali kene masa mula2 pregnant ari tu... masa tu lagilar teruk sbb takleh nak wat pe tahan je lar

    ohhh sbb pisang nangka tu kak zieha... i think lar

    BalasPadam
  6. Kak Zieha...

    Tak tau ler macam mana berangin tu! Kalo berangin tu tau ler... Tp, apa kata kalo cuma makan halia. Cam kita, tak suka makan halia. Tp, bila masak tu saje masukkan halia banyak2!

    BalasPadam
  7. ieda kalau kena angin nieh .. selalu di serang kat ulu ati ... pedihhh sgt ...

    skrg dah jarang .. alhamdulillah .. sakit tuhan jer yg tahu .. mcm sakit kepala lah .. angin naik atas ..

    BalasPadam
  8. zieha->lily

    mmg tak selesa..tuhan je yang tahu..huhuhu

    BalasPadam
  9. zieha->asha

    bergantung pada angin yg ada dlm badan..lama gak nak hilangkankan angin teww..sekali kena mmg..lemah longlai la..huhuhu..tu tak campur dgn sakit kepala lg, sakit badan lagi dan kadang2 part yang paling teruk bila angin tu rasa loya2 dan terus muntah ..

    BalasPadam
  10. zieha-> oja

    dah rasa mmg tau kan mcm mana..huhuhuhu
    ok i dah add id u:)

    BalasPadam
  11. zieha-> lina

    huh..ko kena time pregnant..lagi teruk..
    mmg penangan angin nie buat kita melepek arrr
    aku tiap2 tahun kena..ko baru sekali je kan..
    nmpknya pemakanan juga kita kena JAGA..tapikan tak tentu gak ..kalau dah nak kena..mmg kena gak..sabar je la..

    BalasPadam
  12. zieha->liana

    halia mmg bagus untuk buang angin..penah minum serbuk halia tu..tks for ur advice.hari tu boleh terlupa plak nak minum serbuk halia..keadaan badan yang kurang selesa membuatkan daku kurang selera segala2nya..huhuhu

    BalasPadam
  13. zieha->ieda

    baguslah angin dah tak ganggu hidup ieda..
    agaknye herba yang ieda amalkan tu berkesan dan sesuai utk ieda kot:))
    sakit..,hmmm..ieda tahu kan cam ne rasanya..huhuhuh

    BalasPadam

anda suka?teruja?pelik?prihatin?sedih?gembira?excited?
geram? benci? ingin tahu? apa lagi silalah mengomen .. :)