Pengikut

Sabtu, 18 April 2009

INTERVIEW..INTERVIEW LAGI

~ TEKAN MOUSE PADA IMEJ DI ATAS JIKA MAHU BACA CARTOONNYA..AHAKSS~
Bila sebut pasal interview memang perkara penting arrr.. dan mesti bagiku untuk mengubah corak kejaku..kt kan la kita nk keja di tahap lama sampai ke tua,,dah sampai tahap maksima doh nie(hikhikhik).Semalam aku dapat surat panggil interview naik pangkat..alamak..cepatnya, minggu depan dah kena interview..Lagi beberapa hari lagi nie..tk sampai seminggu pun lagi..huhuhu..Hmmm ada ker dok rezeki aku nie yek..INSYALLAH..aku harap aku dapat menjawab dengan tenang dan tak nk gabrah2 lagi..jom kita santai sambil interview..ahakss.All the best n good luck to my self..heheheheh2


Disini aku sertakan tips untuk aku interview nanti,harap2 aku dapat praktikkan ..hehehe.dan juga pada member2 aku yang lain yang mengadap ke alam interview.Lets check it up

Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :

1)Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan
2)Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga
3)Mengelak dari menjawab soalan penemuduga
4)Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda
5)Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal
6)Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda

Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda untuk mendapat jawatan tersebut.

SETERUSNYA ..APA YE???


*Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.


*Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.


*Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda.
Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.


*Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.


*Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.


*Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.


*Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.

*Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.


*Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.


*Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.


*Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.


*Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

anda suka?teruja?pelik?prihatin?sedih?gembira?excited?
geram? benci? ingin tahu? apa lagi silalah mengomen .. :)