Pengikut

Khamis, 17 Disember 2009

SALAM AWAL MUHARAM..DAN SALAM TAHUN BARU ISLAM:)

SALAM BERTEMU KEMBALI
SAHABAT2 SEKALIAN..
APA KHABAR SEMUA???
AGAK LAMA JUGA ZIEHA
TAK MENGHAPDET DAN ZIARAH
BLOG SENDIRI
SERTA MENZIARAH BLOG SAHABAT2
KESIBUKAN BERTUGAS
DAN MELAYAN KEBUN SENDIRI(FB)
MEMBUATKAN DIRI KU LEKA SEKETIKA
PADA BLOG YANG PERNAH KU SAYANGI
DAN KU PUJAI SUATU MASA DULU
INI BUKAN BEERTI DAKU HARUS
HILANG..DAN TERUS MELUPAKAN
BLOG..CUMA MASA TIDAK MENGIZINKAN
DAKU BERKARYA
BANYAK CERITA YANG ZIEHA INGIN
BERKONGSI..
INSYAALLAH..CUTI PANJANG
NIE ZIEHA LEH TERUS MENGHAPDET
BLOG KESAYANGAN DAKU INI..
DAN DIKESEMPATAN INI
SAMA2 LAH KITA MENGHAYATI
AWAL MUHARAM DAN BERDOALAH
KEPADANYA...
SEMOGA AMALAN DAN DOA KITA DITERIMA
DARINYA..
AMIN


AWAL MUHARRAM (DOA akhir & awal thn)


MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

DOA AKHIR TAHUN


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"













DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".





6 ulasan:

  1. salam tahun baghu hijri kak zieha....

    dah try nak add akak...tapi ramai plak yg guna nama naz mohd tu...confuse lak yg mana satu... gambo tk de.....

    akak lah add sy... nurul hamiza ...ada gmbo sy ngan tukang ubat... :)macam header blog gak.... :))

    BalasPadam
  2. amboi lama kemain cuti...jd pekebun berjaya la lepas ni ek....jgn lupa dah masak seme buah tu...ajak2 la koi makan yerk...ahahaha

    selamat maal hijrah...semoga kita sentiasa dilindungi-NYA...

    BalasPadam
  3. salam maal hijrah utk zieha skluarga..semoga sntiasa diberkati Allah..
    Amboi lamanya menyepi....

    BalasPadam
  4. zieha To TUKANG CETITA

    alahai..cam tu dah leh add..kat side bar tu ada je fb kita..tekan je kat situ..ehehe..tak per nnti k.zieha cuba add yg nurul punya laks..
    salam tahun baru..

    BalasPadam
  5. zieha To asha

    sepi itu indah tau..wakakaka..salam tahun baru..nanti koi ajak demo2 mkn buah sekali erkk..hehehe

    BalasPadam
  6. zieha TO nza

    hai kak..sama2 lah kita berhijrah ke tahun baru..sepi itu indah kak..sat lagi nak cerita panjang nie dlm blog..wakakaka

    BalasPadam

anda suka?teruja?pelik?prihatin?sedih?gembira?excited?
geram? benci? ingin tahu? apa lagi silalah mengomen .. :)