Pengikut

Ahad, 27 Disember 2009

PERCAYA TAK PD JALANRAYA HANTU?



Firstly..sama2lah kita sedekahkan
alfatihah buat 10 mangsa kemalangan maut bas sani express..
pada 26.12.2009 yang lalu..
semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan
bersama-sama org beriman..amin..



Berita kemalangan jalanraya semalam mmg ngeri,,
dan terkejut gak sebab membabitkan bas sani express
yang boleh dikategorikan bas baru..
mcm mana leh accident..
Ini yang menyebabkan zieha takut DAH
nak naik bas..
..selain dari ketentuan takdir ..
SIAPA YANG HARUS DIPERSALAHKAN?
pemandu?..faktor bas? mengantuk?
atau
sememangnya JALAN RAYA MMG BERHANTU...






Akibat dari sikap pemandu yang lalai dan akhirnya mengaku terlelap
masa nak bawa penumpang..Kesian pada penumpang
yang tak berdosa...




Ishhh..sebenarnya zieha nak kongsi pendapat kawan2
dalam keadaan realiti..mmg betul ke ada setengah2
jalanraya yang berhantu..???
dan selalu tempat tu ambil nyawa org..tak tahulah kenapa
Insiden kat tempat yang dikatakan puaka ini selalu
meragut nyawa..entahlah
wallahualam...
mungkin pemandu tu ngantuk sbb telah dilelapkan
oleh makhluk..upppsss...atau ternampak hantu ke kat
jalan raya (teruk kan zieha nie
selalu bermain gan ilusi..tapi..
mmg zieha pernah terdengar kawan2 cerita
mmg ada
setengah tempat dijalanraya mmg berhantu..dan sering
berlaku nya accident dan meragut nyawa manusia..
wallahualam...
korang pernah ada pengalaman tak
dengar cerita2 jalan berhantu nie??



22 ulasan:

  1. memang berhantu ke jalan tu?
    takutla nk naik bas..
    tapi ape bleh buat..
    tu jela kenderaan yg boleh naikk...
    hehhehehhe...

    BalasPadam
  2. tak pasti pulak akak.

    yang pasti jalan tu kan highway baru.
    mungkin buatannya belum kukuh lagi...

    BalasPadam
  3. Aduh ziha...just nearby umah k.iela je...huhuhu... mmg kawasan Jelapang nie struktur jalannya tak rata.. mmg selalu eksiden berlaku..nak wat cam ne..

    BalasPadam
  4. myb gak tu....salam takziah buat kluarga mangsa!!!

    BalasPadam
  5. sedihkan bila kemalangan camni berlaku...ngantuk sgt agaknye tu sampai terbabas, tapi kat kawasan jelapang tu rasanya slalu sgt berlaku kemalangan

    BalasPadam
  6. salam.. ermm.. mmg takut msa tgk berita kemalangan ni.. Tp xpasti sememangnya tempat ni bpuaka atau pun mmg kelalaian manusia.. Tp... sblum ni dh jd kjdian kmalangan y mragut nyawa manusia hat highway ni kn.. dh byk kali..
    Cuma..sbg mnusia... n org islam bacala doa2 y ptut sblum mneruskn pjalangan..

    **Mudah-mudahan roh2 arwah dicucuri rahmat.. Amin..

    BalasPadam
  7. seram giler! smalam nampak bas neh kat depan ibu pejabat polis ipoh, seram giler! ramai org kerumun tgk

    BalasPadam
  8. errmmm ntah la... mayb betul la kot ade sesetengah jalan tu mmg ade 'mende' yg tiba2 menutup mata org yg tgh drive ke.... eiii seram nye la kan

    BalasPadam
  9. ish mintak2 di jauhkan dari hantu jalan raya..ini pun bahaya gak...rempit...bleh tak kategori hantu jalan raya?

    takut kan kalo kemalangan tak diduga ni..

    zieha, sha ada letak ttg accident gak kat blog sha...sila terjah kalo kelapangan...

    BalasPadam
  10. Kak Zieha...

    Pertama Al-Fatihah pada mangsa2 kemalangan. Semoga roh mereka dicucuri rahmat olehNYA.

    Ke-2,
    kita just nak kongsi ler... Tp, bukan di jalan raya dimana berlakunya kemalangan di atas. Kejadian ini betul2 dialami oleh bapa saudara kita sdn. Dia terjumpa seorang tua yang memintanya berhenti ditepi jalan raya. Yg pak cik kita nie tak fikir apa2 dan berhenti. Pastu org tu kata, nak boleh tunggu sekejap tak, orang2 pak cik nak lalu... Pak cik kita nie pun kata boleh pak cik. Lalu lah... Lepas jer habis dia cakap, lalu depan mata dia 4 keranda. lepas tu terus je dia pecut. dah tak ingat apa dah. Sempat gak dia tengok dr cermin sisi. Orang tua tu dah tak ada! 2 @ 3 hari lepas tu berlaku kemalangan di tempat yg sama yang mengorbankan 4 orang. so... mungkin sedikit petunjuk yang DIA nak bagi kat pak cik kita kot. Coz, my pak cik tu memang kalo bawa kereta memang tak ingatnya!

    BalasPadam
  11. ermm no komen ..semua ini takdir dari allah .. segala kejadian dan musibah darinya pasti ada hikmahnya dan pengajaran bagi kita yg hidup ...

    semua makhluk dimuka bumi ini termasuk jin dan hantu adalah hambanya dari azali layie .. kalau dia berkehendakkan itu maka terjadilah .. kita hanya mampu berdoa agar segala perjalanan dlm kehidupan kita ini diberkati dan dirahmati allah .. dan yg pasti zieha .. kita mati dlm keimanan .. insyallahhh

    takziah buat keluarga mangsa .. hidup harus diteruskan , ajal maut ditentukan tuhan , yg hidup pasti mati .. cuma caranya sahaja berbeza2 .. dan berdoalah agar kita mengakhiri usia kita dlm keadaan aman ...

    BalasPadam
  12. salam zieha..
    1stly takziah buat mangsa accident...
    maybe sbb driver lalai or ngantuk..
    tp i pn ade dgr boss express sani ni kuat main judi..menang je dia beli bus..xperasan ke bus sani ni dh byk kali accident..maybe sbb xberkat sbb duit hasil judi kot...
    tp sian la kat mangsa..
    sorryla klu i silap dengar pasal boss sani ni..

    BalasPadam
  13. salam.. setuju ngan kak zieha.. maybe ada sesetengah jln raya yg berhantu

    BalasPadam
  14. zieha->miloicekaw

    susah nak ckp..tapi kadang2 benda nie mmg wujud..org yang terpilih olehnya dan pernah nampak benda nie yg leh tahu cerita sebenarnya..Tapi kalau cerita..mesti tak caya kan..wallahualam..


    zieha->ibu emy efy eqy

    sebenarnya..k.zieha pun tak tahu sama ada benar atau tidak..cuma ada setengah cerita yang k.zieha dgr mmg ada setengah jln2 yang betul2 berhantu..wallahualam

    BalasPadam
  15. zieha->miela77

    dekat gan umah iela erkk...mesti ngerikan ..sbb selalu xcident kt sana..sama2 la kita berdoa semoga kita dijauhi dr perkara sebegini..amin

    zieha->nza
    ye la tu kot..salam takziah buat keluarga mangsa

    BalasPadam
  16. zieha->mamasyaza

    kat jelapang ke su?..entah .zieha pun tak familiar sgt kat area sana..mmg sedih..cuba bayangkan perasaan mereka..hmmmm

    zieha->lyafrina
    betul tu..Sebelum mulakan perjalanan..harus byk berdoa..MUDAH2AN kita dijauhkan perkara serbagini.tapi itu semua darinya..kita hanya mampu berdoa..dan berharap semoga hayat kita diakhiri dengan cara yang ..amin

    BalasPadam
  17. zieha->iedaluvsyam

    ishhh..seriauwww plak dgr..mesti org nak tgk keadaan bas tu..

    zieha->noj

    mungkin ada kebenarannya noj..tapi entahlah..makhluk itu pun ciptaan allah juga..yang pasti..itu semua bukan kemampuan kita..hanya datang darinya..wallahualam..

    BalasPadam
  18. zieha->asha

    hmmm..mat rempit tu tak dpt nak nolongnya lah..mmg sendiri cari penyakit..tapi kita sebagai hamba allah hanya mampu berdoa semoga perjalanan hidup kita diakhiri dengan cara yg baik...amin..okiess..nnti zieha terjah kt blog asha plak ye .

    zieha->manjakusayang

    hmmm...pecaya tak pecaya tapi mmg itulah hakikatnya..mungkin pakcik liana adalah insan yang terpilih..utk berada di alam realiti itu ???..wallahualam . I like ur stories..tk u for sharing:)

    BalasPadam
  19. zieha->ieda

    ya..setuju...kita hanya mampu berdoa..semoga
    mangsa kemalangan tersebut ditempatkan bersama2 orang beriman..amin

    zieha-> ziana love farrel

    salam ziana
    hmmm..pasal duit tak berkat..mungkin ada kebenarannya..kadang2 allah bagi petunjuk cash kat dunia nie supaya suruh umatnya insaf..tapi kalau tak sedar gak..hmmm sendiri mau ingatla kan
    Begitu juga pada kehidupan kita..kalau kita lupa dan alpa..dan syok sgt terima duit dari sumber2 yg tak sepatutnya pas duit tu kita gunakan utk bagi minum ahli keluarga kita..tgklah hasilnya nnti..mmg tak berkat..sama2 lah kita renung2kan

    BalasPadam
  20. zieha->zaza

    salam zaza..mungkin ada kebenarannya..wallahualam...

    BalasPadam
  21. Salam.. Hi Kak Zieha... Cakap2 org tentang jalan tu ada penunggu or berpuaka, mungkin ada kebenarannya..

    So.. sebelum mulakan perjalanan tu mulakan dengan doa pelindung diri..

    Sedih dgn berita kemalangan yg mengakibatkan kematian yang semakin hari semakin meningkat... Takde kesudahan rasanya perkara kalau kita tak ubah sikap pentingkan diri sendiri..

    Al-Fatihah untuk mereka yang telah pergi.. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.. Aminn

    BalasPadam
  22. zieha->nur

    hmmm..sama2 lah kita mengambil iktabar ke atas kejadian ini dan sentiasa berdoa..kita dijauhi dr perkara sebegini..amin:)

    BalasPadam

anda suka?teruja?pelik?prihatin?sedih?gembira?excited?
geram? benci? ingin tahu? apa lagi silalah mengomen .. :)