Pengikut

Khamis, 31 Disember 2009

WELLCOME 2010..GOODBYE 2009

Lagi beberapa jam kita akan melangkah
ke tahun 2010..
SELAMAT TINGGAL 2009..
dan SELAMAT DATANG 2010
Bila sebut je tahun baru..
mesti ada azam baru..
dan yang pasti, hidup..perlu ada
perubahan...dan yang PALING pasti
umur pun semakin meningkat,,huhuhuhu
zaman sekarang terasa singkat je masa
n times goes by....hingga ke saat INI..ALHAMDULILLAH..DAKU MASIH
DIBERI NAFAZ UNTUK HIDUP..SYUKUR..


Zieha berharap tahun 2010
merupakan tahun yang bertuah...dari tahun2 lepas..
dan..azam ku...adalah untuk
1)..NAIK PANGKAT
2) ..MENAMBAH PENDAPATAN..
3) TAMBAH ZURIAT (AZAM DR 2009..MASIH BELUM ADA REZEKI)
4) KURUSKAN BADAN..
5)...KURANGKAN MAKAN TIME MLM

SELAMAT TAHUN BARU
SEMOGA TAHUN 2010
MEMBERI SINAR BARU..
DALAM KEHIDUPAN ANDA..
HIP...HIP..HOORAY..HIP..HIP..HORAYYY

Ahad, 27 Disember 2009

PERCAYA TAK PD JALANRAYA HANTU?



Firstly..sama2lah kita sedekahkan
alfatihah buat 10 mangsa kemalangan maut bas sani express..
pada 26.12.2009 yang lalu..
semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan
bersama-sama org beriman..amin..



Berita kemalangan jalanraya semalam mmg ngeri,,
dan terkejut gak sebab membabitkan bas sani express
yang boleh dikategorikan bas baru..
mcm mana leh accident..
Ini yang menyebabkan zieha takut DAH
nak naik bas..
..selain dari ketentuan takdir ..
SIAPA YANG HARUS DIPERSALAHKAN?
pemandu?..faktor bas? mengantuk?
atau
sememangnya JALAN RAYA MMG BERHANTU...






Akibat dari sikap pemandu yang lalai dan akhirnya mengaku terlelap
masa nak bawa penumpang..Kesian pada penumpang
yang tak berdosa...




Ishhh..sebenarnya zieha nak kongsi pendapat kawan2
dalam keadaan realiti..mmg betul ke ada setengah2
jalanraya yang berhantu..???
dan selalu tempat tu ambil nyawa org..tak tahulah kenapa
Insiden kat tempat yang dikatakan puaka ini selalu
meragut nyawa..entahlah
wallahualam...
mungkin pemandu tu ngantuk sbb telah dilelapkan
oleh makhluk..upppsss...atau ternampak hantu ke kat
jalan raya (teruk kan zieha nie
selalu bermain gan ilusi..tapi..
mmg zieha pernah terdengar kawan2 cerita
mmg ada
setengah tempat dijalanraya mmg berhantu..dan sering
berlaku nya accident dan meragut nyawa manusia..
wallahualam...
korang pernah ada pengalaman tak
dengar cerita2 jalan berhantu nie??



Sabtu, 26 Disember 2009

BERSIARAN DARI BANDAR DIRAJA PEKAN,PAHANG:)

~ BANDAR PEKAN..SEMPOI JE...BILA LAH NAK MAJU..~




~KALAU NAK PERGI SANA UNTUK BREAKFAST..GERAI WAJIB SINGGAH
IALAH DI SINI..SILA2 LAH MENJAMU
SELERA KAT SINI ERKKK~




~ NASI DAGANG KAT KG UBAI MMG SPEACIAL..
RUGI KALAU TAK RASA..MMG BEST..~



Minggu nie projek nak jalan2/holiday terpaksa ditunda..
jadinya..kami sepakat nak bercuti time
hari budak bersekolah..maklumlah
cuti bersekolah mmg penuh semua hotel/resort..
Lagipun anak kami belum bersekolah lagi..hehehe..tak rugi pun
kalau bawak jalan2 time budak2 bersekolah
Nie gara2 last minute planing..
ingat nak pergi PORT DICKSON..
atau LAKE KENYIR RESORT TERENGGANU ..
tapi terpaksa ditunda pada bulan depan..
hehehe...


Musim hujan di kuantan juga..
menyebabkan kami malas nak keluar rumah
huhuhuhu..
Oklah..hari nie zieha nak bersiaran
dari pekan pahang..
korang mesti kenal kan..tempat nie..
mana2 yang asal dari sana..
tentu tak heran kan...



tujuan koi cerita hal pekan nie bukannya apa
sebab nak kasi tahu kawan2 yang berminat nak shoping tudung
sesiapa yang nak tudung untuk dijual/bisness..
atau untuk pakai sendiri..leh lah
datang ke pekansari di BANDAR PEKAN
HARGA2..MMG BERPATUTAN
..
murah sebab tudung nie datang dari kemboja
jadi kebanyakan peniaga tudung
kat sini adalah dari warga kemboja




~INI JE GAMBAR YANG SEMPAT KOI SNAP..
BERLAMBAK TUDUNG KAT SINI..murah..murah..cepat sebelum
kehabisan~




~HASIL SHOPING KAT PEKANSARI PEKAN TADI..SEMPAT REMBAT
3 TUDUNG~




~AMACAM ?? MATCH TAK TUDUNG PINK NIE DGN
BAJU KEBAYA NIE..HEHEHE( NAK GAK PAKAI BAJU KEBAYA
TU..WALHAL..PINGGANG DAH SEMAKIN RAMPING DAN
CANTIK BISTARI..HAHAHAHA..SIAPA NAK JAWAB TU??~


Khamis, 24 Disember 2009

SUDAH 5 TAHUN:)

" HARI INI 24.12.2009 GENAP LAH USIA PERKAHWINAN
KAMI YANG KE 5
IMBAS KEMBALI DETIK NAK KAWEN...
MLM NIE MMG STANDBY UNTUK DINIKAHKAN(24.12.2004)
ESOKNYA SANDING...(25.12.2004)
SEKARANG..DAH 5 TAHUN..:)
CEPATNYA MASA BERLALU
RASA BARU SEMALAM JE KAWEN..
HEHEHE..
DOAKAN KAMI BAHAGIA
DAN KEKAL SELAMA2NYA...
AMIN:) "

Selasa, 22 Disember 2009

RASA PELIK? HEHE




Apa yang pelik tu????
zieha yang pelik..
KORANG tak pelik pun tak pe..hehehe
sebabnya zieha jarang tengok masyarakat cina makan
pulut kuning..
kawan2 pernah tengok tak?
mungkin korang kata..apa la..itu pun heran
tapi bagi zieha heran sekejablah
sebab budaya bangsa cina dan melayu ada
persamaan skit2..
kalau bangsa melayu kebiasaannya
pulut kuning nie di hidangkan kalau
ada majlis2 kesyukuran atau segala hajad yang ingin atau
telah ditunaikan utk dibungkus atau dijamu kepada tetamu


TETAPI..
baru ler nie la zieha tahu,,
masyarakat cina pun ada selitkan
pulut kuning untuk jiran,kawan, sedara atau sahabat terdekat
untuk di kongsi bersama:)


Ingat lagi masa dulu2 masyarakat cina takut
nak makan sambal..
ler nie..TAK HERAN DAH
GAN MASAKAN MELAYU..
SEMUA DISEBAT..
NASI LEMAK DAH JADI FAV MEREKA SKRG..
Kesimpulannya...tak heranlah
kalau PULUT KUNING pun mereka suka
jom..jom..tengok gambar kat bawah nie




~nampak tak pulut kuning tu...siap gan rendang sekali yang telah
dibungkus.Ini kira mcm hadiah lah..katanya sempena
meraikan kelahiran baby yang telah mencecah umur SATU BULAN..(I MONTH)
SO,,they are so happy n make these dishes to celebrates among their friends... errr..telur merah pun ada..
(salut je tu gan pewarna merah..merah kan warna ongg ~

Ahad, 20 Disember 2009

FREE PUNYA PASAL

~ tak kira....beratur IKUT TURN ARRR...janji dapat~



~ weh..asal budak tu(agaknya siapa erkk budak tu????..meka..la siapa lagi hik3x) amik gambar kita..nak masuk surat khabar ke..weh..weh..jangan..MALU KE GLAMER ERKK..hehehe~









Kalau benda free inilah hasilnya..sanggup
beratur untuk dapatkan tiket free
kalau tak beratur..sia2lah dok kumpul keratan
harian metro..byk dah laburkan beli surat khabar kan..
insiden ini zieha amik masa nak amik tiket free gak,,
TAPI..bila tengok punya la ramai..
balik office semula la..tak kuasa beratur..deret2 giteww..
Fikir punya fikir..last2
suruh la budak kat opis amik..
haaa...(belanja la kan pas tu..ekekeke)

sebenarnya..bukan koi yang kumpul
keratan surat khabar metro..
ini semua hasil usaha mak i ..hehehe.
rajin mak kite kan..
dok rumah selain dari jaga cucu..dok mengumpul
keratan akhbar..untung2 dapat free..
HAAA..JANGAN TAK TAU..
DAPAT GAK TIKET FREE
4 COUPON OF TICKETS..
.






~ inilah salah satu resort yang bakal menggegarkan pantai timur..
ishhh ye ke???~


~inilah tiket yang koi dapat free tuh..tak tahu lagi bila nak perginya
...skrg time hujan..
tunggu musim panas skit..baru plan la nak gie sana,,,
kawan2 yang lain ada yang dah pergi..
bayaran lebih kurang RM 19.90 utk org dewasa..( i think so la..)





Jumaat, 18 Disember 2009

DAH KAWEN DAH DIA:)




























Siri hapdet kali nie berkisarkan
perkahwinan pupuku IAITU NIZAM..
dia merupakan teman permainan daku masa
kecil2 dulu,,,
kehulu-hilir..dengan dia lah kami bermain..
hahaha..
bila dah besar..masing2 buat haluan masing2 ..
jarang berjumpa..
hinggalah tiba masanya..
dan sampai jodohnya
kawen dah dia..ekekeke
Cuma yang sedihnya masa hari besejarah ini
kedua arwah ibubapanya tak sempat nak tengok..
kesian nizam..tentu sedihkan..yang pergi tak akan kembali
yang ada teruskan perjalanan hidup ini...
'SELAMAT PENGANTIN BARU
BUAT
KHAIRUL NIZAM
DAN
NORHAIDA..
SEMOGA BERKEKALAN HINGGA KE AKHIR HAYAT '



















































Tamat lah sudah sessi perkahwinan..
dah kawen..senanglah hati
dan bertambahlah tanggungjawab
masing..masing..
seronok tengok org kawen nie
teringat..zaman kawen dulu.dulu
rasa nak bersanding semula la plaks..'
hehehe












Khamis, 17 Disember 2009

SALAM AWAL MUHARAM..DAN SALAM TAHUN BARU ISLAM:)

SALAM BERTEMU KEMBALI
SAHABAT2 SEKALIAN..
APA KHABAR SEMUA???
AGAK LAMA JUGA ZIEHA
TAK MENGHAPDET DAN ZIARAH
BLOG SENDIRI
SERTA MENZIARAH BLOG SAHABAT2
KESIBUKAN BERTUGAS
DAN MELAYAN KEBUN SENDIRI(FB)
MEMBUATKAN DIRI KU LEKA SEKETIKA
PADA BLOG YANG PERNAH KU SAYANGI
DAN KU PUJAI SUATU MASA DULU
INI BUKAN BEERTI DAKU HARUS
HILANG..DAN TERUS MELUPAKAN
BLOG..CUMA MASA TIDAK MENGIZINKAN
DAKU BERKARYA
BANYAK CERITA YANG ZIEHA INGIN
BERKONGSI..
INSYAALLAH..CUTI PANJANG
NIE ZIEHA LEH TERUS MENGHAPDET
BLOG KESAYANGAN DAKU INI..
DAN DIKESEMPATAN INI
SAMA2 LAH KITA MENGHAYATI
AWAL MUHARAM DAN BERDOALAH
KEPADANYA...
SEMOGA AMALAN DAN DOA KITA DITERIMA
DARINYA..
AMIN


AWAL MUHARRAM (DOA akhir & awal thn)


MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

DOA AKHIR TAHUN


Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"













DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".





Rabu, 2 Disember 2009

KENAPA MESTI BERDEBAR?





Sedar tak sedar..dah lama gak aku berkerja..
dan dah lama gak aku ngidam nak up kan level kerja..ke
aras..aras..yang tinggi lagi..(naik pangkat)
dan sudah tentu ganjaran pencen di hari tua esok
(kalau dipanjangkan umo lagi la)..
berbaloi-baloi..hehehehe

tapi nak dapat kan sesuatu jawatan yang lebih OK tu..
bukanlah mudah..kenalah
INTERVIEW..
Part nak tido sebelum menunggu hari interview keesokannya..
dah ready nie nak tido awal..
malangnya,,,mata tak nak plak nak tidonya
tiba2 je tak nak tido..
bila dah dapat tido...asyik nak terjaga plak..
tak tahulah kenapa...
padahal bukan mikir sgt pun...tapi
mata nie leh buat perangai plak..
arghhhhhh..
aku nak tido...TOLONGGGGGGG!!!

Part interview nie lah yang selalu zieha kantoi..
bukan kantoi apa,,kantoi dengan sikapku yang mudah
berdebar2 dan gabrah tak sudah...
korang pernah tak hadapi cam tu..
KENAPA YEK? KENAPA YEK?
MCM2 DOA penerang hati dah
zieha berdoa agar PERASAAN GEMENTAR..
INI HILANG...

haaa...kalau dapat panel yang ok..
memang cantik la menjawabnya..
TAPI kalau dapat panel yang..seriusss..
ALAMAK...merapu sudah ...panic tak pasal2
hilang idea nak cakap ..kalau cakap pun..mulalah
start part mengigil-gigil..ishhhh..tak leh jadi nie...
camne nak buat tu..hehehe..


Lagi satu part yang paling aku tak suka
bila nak dekat turn masuk utk interview..
masa tu lah nak SAKIT PERUTNYA LA..
alahai...kenapa masa tu lah perut nie nak buat
perangai...
hishhh..dugaan betul..

Bila dah habis interview...
LEGA..SELEGANYA
YAHOOOO...
bila time resultnya...
jeng..jeng,,,

??????
surprised...
sama ada BERJAYA atau DUKACITA
HAH korang plak pernah tak alami macam zieha nie..

Sabtu, 28 November 2009

ROMBONGAN CHE' NAH:)

~ ehem..mesti tak sabar tu nak disatukan..
dijangka tahun 2011 baru nak disatukan..
alamak..asal lama sgt woiii..tapi itu baru jangkaan,,kalau dah sampai serunya..mungkin diawalkan kot..mudah2an la ye ..jangan lama2 sgt..bro...hehehe~


~ sebahagian dari hantaran oleh pihak perempuan~


~weh..weh...belum sah lagi..camne leh sarung cincin dah..ehemmm..nasib baik nenek kat belakang tu bagi chance..kalau dok....hehehee..sabo je lah..~


Cuti.. sabtu hari nie..zieha
berkesempatan untuk join rombongan meminang
che nah (jiran daku )
daripada dok kat rumah better join ..programme pun tak de
ingatkan..wakil rombongan tak la ramai..
(sebab dijemput oleh che nah..)
alih2..mak aiii..mengalahkan nak gie nikah..
banyak tu..lebih kurang 20 kereta( termasuk kereta daku)


Fikir2..ini baru majlis bertunang..kalau dah
kawen esok..pasti meriah lagi teww
Zaman sekarang semua dah moden
bakal tunang dah tak malu2
untuk exposekan diri...
tengoklah..siap sarung cincin lagi u...
hehehe..



~rumah pihak perempuan tak muat sbb dibanjiri oleh sedara-mara che nah..so..makanan dah disediakan utk tetamu yang hadir..
apa lagi..kita makan dulu..
bab2 citer meminang biarlah orang tua2 yang diuruskan..~



~ sessi utk masuk ke rumah..tunggu pihak
perempuan jemput masuk dulu ..mana
leh main terjah je kan...~




~ini kat rumah pihak lelaki..kami apa2 pun kena tunggu dulu
sebelum berangkat ke
rumah pihak perempuan..~


~ini plak hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan(design from SSF)~






Khamis, 26 November 2009

BERSANDING DALAM HUJAN...

~hujan2..tetap control cun dan jalan mesti cun..beb..~


~ pepatah pernah berkata sediakan payung sebelum hujan..jadi..inilah fungsi payung nie..
banyak2 berguna oooo~



Musim kawen, bertunang, hujan..telah tiba
bagi daku yang dok kat pantai timur nie..hujan semakin..
lebat..lebat..tanpa hentinya( tapi hari nie leh panas deh..
alhamdulillah leh kering baju kat rumah teww)


Walaubagaimanapun aktiviti kenduri kendera..tetap diteruskan
nak wat camne kan..hujan tetap hujan,,
masa time tu lah dah musim hujannya..
dan masa time tu lah..cuti sekolahnya..
jadi..apa lagi ..
layan je lah yek pengantin yang
bersanding dalam hujan nie
kesian...(sebab tak dapat sanding lama2 kat luar sbb hujan)
tapi bahagia kan..sebab dapat kawen..hahahaha


Buat Asma Al Husna
Selamat Pengantin Baru
kak zieha ucapkan
semoga bahagia..dan
selamat melayari bahtera..disamping suami mu..
ekekeke..dan cepat dapat baby tau



~ tgh solek nie k.zieha...malu la..~


~ nak kek skit..hehehe~


Sabtu, 21 November 2009

MUFFIN CAKES VS CAFE WORLD:))



Salam bertemu kembali kawan2..
lama gak zieha tak berhapdet..
hari nie zieha belajar buat muffin tau..
selama nie senang je pakai masak n tekan kat computer(cafe world)
but TODAY....I REALLY MADE MANY OF MUFFINSS
tak caya?????

JOM..kita tengok..cara2..buat muffin...
Kisah nya bermula..hari nie apabila daku
mengikuti kursus pendek..memasak muffin cake
bertempat di kolej komuniti kuantan
bersama2 kawan2 yang minat memasak..
macam i lah...:))
siapa lagi kennss..hehehehe




~nielah cikgu yang tukang ngojo kami...~



~cikgu..jom kita posing jab..buat lah demo skit...~



~ehem..kawan2 tu..kemain tekun memerhati cikgu wat kek...pandai ke tewww???..hehehe~




~nielah bahan2 utk wat muffin..~




~senang je pakai..mesin nie..mula2 masukkan butter..gula...campurkan telur sebiji2..bla..bla...~




~masukkan tepung satu persatu-satu...sehingga sebati...
wah mesin nie cukup laju..
nak tahu berapa harganya????..
RM 2,400.00 YOU...agak2..korang nak beli tak??~





~nampaknya..bahan2 dah semakin nak siap..mesin nie mmg power giler...~




~ kalau kat rumah..kita mesti guna sudu kan..
tapi sekarang guna je plastik mcm kon nie..
senang je nak bentukkan nnti untuk masuk ke dalam cake cup.. ~




~picit.....dan tekan..dan..bentukkan...wah..cikgu nie laju betul menekannya~




~kini giliran daku pula mencuba menekan...hahahahha...nampak kekok je kan..
oooo..camnie demo2 nie buat muffin cake..kena perlukan kesabaran you,,,wehh..wehh..
guana nak picit nie...asal aku picit tak mcm cikgu tu..slow je...hehehe~




~inilah hasil kek yang daku buat siang tadi...setelah puas menekan benda alah plastic kon tu...
nasib baik jadi..~




~ini pula kek muffin orange yang telah siap dibakar oleh daku
...wah...panas lagi nie...~





~muffin coklat nie...dah siap dibakar...sayang..tawar skit..huhuhuhu~




~lihatlah dunia..kami buat muffin hari nie....berbaloi2..leh lah..yek...
sesiapa nak order tu bolehlah..hehehe~




~ siapa nak try muffin orange nie???...




Akhir kata..terimalah resipi hari nie..siapa nak try..
dipersilakan..
senang je...

~MUFFIN OREN~



BAHAN-BAHAN
300 GRAM GULA CASTOR
400 GRAM BUTTER
8 BIJI TELUR
500 GRAM SELF RAISIN FLOUR
SEDIKIT SUNQUICK FLAVOUR
SEDIKIT AIR (JIKA BUTTER PEKAT),->NAK TARUK SUSU CAIR PUN LEH GAK
SEDIKIT ESSEN VANILLA


CARA2
1.PUTARKAN GULA DAN BUTTER SEHINGGA KEMBANG.PASTIKAN BETUL2 HANCUR


2. KEMUDIAN MASUKKAN TELUR SEDIKIT DEMI SEDIKIT


3. SELEPAS ITU MASUKKAN TEPUNG SEDIKIT DEMI SEDIKIT SEHINGGA HABIS


4. SETERUSNYA MASUKKAN AIR (KALAU TAK NAK AIR LEH GANTIKAN GAN SUSU CAIR) DAN ESEN VANILA


5. SETELAH SIAP, MASUKKAN BUTTER KE DALAM CUP


6. BAKAR SELAMA 30 MINIT DAN BAKAR DENGAN SUHU 150 C